Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN PUSAT PERUBATAN UniSZA
Pusat Perubatan UniSZA berikrar akan melaksanakan perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan seperti berikut :
- Memastikan pesakit dipanggil untuk rawatan oleh pegawai perubatan dengan kadar segera mengikut kategori kes seperti berikut :
- Semua kes kritikal ( Zon Merah ) dirawat dengan serta–merta.
- Semua kes separa kritikal ( Zon Kuning ) dirawat dalam masa 30 minit selepas selesai proses pendaftaran.
- Lain- lain kes ( Zon Hijau) akan dilihat mengikut giliran dan tidak melebihi 2 jam selepas selesai proses pendaftaran.
- Memastikan sampel pesakit akan di ambil untuk ujian tidak melebihi 60 minit selepas penerimaan borang ujian.
- Memastikan semua ubat didispens di kaunter farmasi dalam tempoh tidak melebihi 60 minit selepas menerima preskripsi.
- Memastikan pemprosesan permohonan pinjaman peti pertolongan cemas diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 3 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan.
- Memastikan pemandu ambulan akan bertindak ke lokasi kejadian dalam kampus dengan kadar segera selepas menerima panggilan.
- Memastikan aduan masalah pelanggan diselesaikan dalam masa tidak melebihi 7 hari bekerja selepas penerimaan aduan pelanggan secara bertulis.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan Pusat Perubatan UniSZA melaksanakan Piagam ini dengan berkesan dengan:
- Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang digunapakai dan;
- Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.